iklan

Tuesday, 18 February 2014

ROTI.......AKHIRNYA MENGGEBUS...WALLAH

Yeay...roti menjadi dengan jayanya..LEMBUT & GEBU..setelah mencuba berkali2... Sebenarnya resepi ni saya google ja....minta maaf puan resepi( kt blog dia bahasakan ngan panggilan noor) ...saya terlupa amik kt blog yg mana satu..byk sgt copy...then I try & error je...minta halal ye...
ROTI SOSEJ
250 ml susu cair (susu kotak)
1 biji telur
3 sudu besar Gula
2 sudu besar Buttercup
1/4 sudu teh garam
500 gm tepung roti
1 1/2 sudu teh Softener
1 sudu teh Bread improver
2 sudu teh yis kering
untuk Gliss
1 biji telur
1/3 susu fresh milk
* sosej x perlu direbus terlebih dahulu (nnti roti tak tahan lama sebab sosej berlendir)
CARANYA
1. aktifkan yis dulu. (yis + air panas + sedikit gula) tggu sampai berbuih.
2. Ayak tepung, softener, bread improver.
3. putarkan bahan2 kering (tepung + gula + garam) selama 3 minit. kemudian masukkan yis dan susu. putar selama 5 minit.
4. masukkan telur dan putar sampai sebati.
5. masukkan mentega sambil menguli hingga menjadi doh yang kenyal.
6. tutup doh dengan plastik wrap @ kain lembap, biar naik 2 kali ganda 20 minit.
7. uli sekali lagi utk buangkan angin. kemudian bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 60 gm
8. gelekkan doh guna tangan dan jadikan panjang..pastu lilit sosej tu.
9. Biarkan doh kembang selama 45minit baru sapukan gliss atas roti tu.
10. bakar 180C selama 20-25 minit (api atas bawah k)....
11. selepas masak, roti yang panas panas disapu dengan butter supaya kulitnyer licin dan menarik
DAH SIAP......CUBA LAH...

No comments:

Post a Comment