iklan

Thursday, 17 December 2015

JALAN JALAN PULAU PERHENTIAN 2015

Dah lama berangan-angan nk bercuti kt Pulau Perhentian ni....dari mula2 kahwin sampai 4 org anak baru dapat menjejakkan kaki kt sini...Percutian ini agak last minute pada musim cuti sekolah mac 2015. Mujur masih ada bilik penginapan untuk kami.
Indah sungguh ciptaan Allah... memang 1 pengalaman yang tak dapat dilupakan... Kami cuma menginap 1 malam sahaja disini. Rasa mcm tak puas bermain air yang jernih seolah-olah berenang dalam swimming pool.
Pertama kali travel ke pantai timur memang agak jakun sikit... Semua berpandukan waze... Bertolak jam 6 petang dari Arau dan tiba di Kuala Besut lebih kurang jam 2 pagi... memang agak meletihkan apabila sesat mencari tempat untuk bermalam. Kami menginap di Yaudin guest house yg berhampiran dengan jeti Kuala Besut.
Keesokkan pagi selepas sarapan di restoran berhampiran, kami terus ke travel agent yang menguruskan penginapan, tiket feri & pakej snorkeling disana. Kami memilih utk menginap di Perhentian Besar. Dari survey yang saya baca di blog2..perhentian kecil x sesuai utk penginapan keluarga sbb disitu adalah tumpuan pelancong asing. Tapi Utk merancang bercuti secara backpackers @ percutian bajet.. perhentian kecil memang sesuai lah..
Peta Pulau Pehentian kecil & Perhentian besar.
Jom layan gambar2 kami disana
Sedikit sebanyak tips yang berguna untuk ke sana...
1. Makanan adalah sangat mahal. so bawalah bekalan yang secukupnya.
2. Bawa air mineral banyak2 sebab chalet yang kami menginap x menyediakan kettle. terpaksalah beli air mineral dengan harga RM 5 sebotol utk 1 L.
3. Dari survey yang dibuat, guna khidmat travel agent lagi jimat sebab kita boleh tawar menawar kt situ.
4. Masa yang sesuai untuk pergi ke perhentian antara hujung februari hingga september, ini kerana ombak besar dan hujan ribut melanda pantai timur dan semua perkhidmatan feri terpaksa dihentikan.
4. Ikan2 disitu adalah sangat jinak, jadi jangan lupa bawa roti & biskut ketika aktiviti snorkeling
sekian sahaja untuk kali ini... terima kasih banyak2 kepada yang sudi membaca coretan saya ini. semoga menjadi panduan untuk semua...

No comments:

Post a Comment